Ahad, 20 April 2014

FERI SEWOL KARAM DI LUAR PANTAI PULAU JINDO.


SEWOL FERRY from Icheon to Jeju Island.



Sekali lagi dunia di gemparkan dengan peristiwa karamnya feri yang membawa 459 orang di Seoul, Korea. Punca kejadian masih belum diberitahu walaupun penumpang memberitahu bahawa feri tersebut terhenti secara tiba-tiba, menunjukkan kemungkinan kapal tersebut berlanggar dengan dasar.
Pasukan keselamatan Korea Selatan termasuk penyelam tentera laut elit SEAL pada Rabu masih meneruskan pencarian kesemua  mangsa yang masih belum dapat disahkan status mereka.





Feri yang membawa 459 penumpang dan kru itu dalam perjalanan menuju je Pulau Jeju bagi tujuan lawatan sekolah dimana hampir kesemua penumpang merupakan pelajar sekolah menengah bersama 14 guru mereka.

Daripada jumlah mereka yang telah diselamatkan, 78 orang merupakan pelajar. Seramai 32 orang telah disahkan mati dalam kejadian itu tetapi 270 lagi masih hilang.


Boya di letakkan di tempat kejadian untuk menanda kawasan tersebut.


Para penyiasat menangkap Joon-seok (kapten feri) dan dua kru pagi semalam.Ketiga-tiga mereka dikritik kerana meninggalkan ratusan penumpang yang masih terperangkap di dalam feri.Joon-seok didakwa melakukan perbuatan cuai dan gagal untuk menjamin keselamatan penumpang.Hanya 174 orang berjaya diselamatkan dan tiada mangsa selamat yang ditemui sejak Rabu lalu. 

Para penyelam semalam berjaya memasuki feri itu yang berada di dalam laut dan mendapati terdapat mayat-mayat penumpang yang masih terperangkap di dalam feri tersebut. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan