Isnin, 24 Mac 2014


KEMBARA KE KOREA SELATAN.


Assalammualiakum....

Pada 25 February 2014 saya bersama adik Dila dan kawan-kawan yang telah berangkat ke South Korea untuk bercuti selama 1minggu. Alhamdulilah akhirnya sampai juga kami di Korea sebuah negeri yang memang ingin saya lawati kerana saya suka K-pop hehehe. Kami menaiki Air Asia X pada pukul 1.00am pada 25 Feb 2014 dan selamat sampai di Incheon pada pukul 8.00am waktu Korea. Subahanallah sungguh indah ciptaan Allah S.W.T saya sangat kagum dengan pemandangan sepanjang berada dalam flight indah sangat waktu fajar dengan jelas saya melihat satu garisan putih dan hitam iaitu menunjukan waktu malam dan siang.

Selepas sampai di Incheon Airport kami menaiki bas menuju ke tempat penginapan iaitu Chungmuro Hotel dan hotel tersebut terletak berdekat dengan Train Chungmuro dan ianya memudahkan kami untuk ke mana sahaja. Sepanjang di sana kami ke Namsan tower Nami island juga Busan dan ada beberapa tempat lagi. Harap maklum yer mata wang mereka sangat tinggi nilainya jadi kalau nak shopping tu sangat mahal la. 1000 won bersamaan RM 3.00 kita dan 150,000.00 won mereka bersamaan RM 400 lebih duit kita huh mahal. Manakala makanan halal sangat susah untuk di dapati tapi pada saya korea ialah syurga coffee semua kedai ada coffee emmm sangat menyeronokkan.

Kepada sesiapa yang hendak pergi ke Korea saya nasihatkan supaya bawa duit yang mencukupi kerana di sana kos sangat tinggi. Apabila kami sampai di Incheon Airport kami pergi ke 7 eleven di airport tersebut untuk membeli T-Money Card untuk kemudahan kami menaiki bas dan juga train di Seoul nanti.kad tersebut berharga 25,000 Won dan saya topup 30,000 won  dan sekali perjalanan dengan train harganya 1050 won manakala bas dari airport ke hotel caj nya 10,000 won kami guna T-Money juga kiranya T-Money ni dah macam Touch N Go kat Malaysia ini.

Chungmuro station ada tempat strategik di sana kerana kami pergi ke Myeundong dan Nandaneum Market dengan menaiki train di Chungmuro Station kiranya mudah la nak ke Popular Street tu. Tapi tempat shopping yang murah ialah di Nandaneum Market tau di Myeundong tu mahal barang-barangnya. Kami juga ada pergi ke Itaewoon di sana makanan halal senang untuk di dapati tapi kebanyakannya makanan Turki , Pakistan etc. Jadi nak makan makanan korea halal kami pun tak tahu nak cari di mana.

Saya dan adik ada plan nak pergi lagi dan nak bawa adik- adik yang lain sekali sebab nak berjalan di Korea tak susah anda hanya perlu faham lalaun train dan kena la study dulu tampat yang nak di pergi tersebut. Satu nasihat penting dari saya ialah anda haruslah tahu bahasa korea sedikit sebanyak kerana mereka memang tidak tahu bahasa inggeris bahkan remaja muda mudi pun tak faham bahasa inggeris kalau nak senang bawa la nota sikit untuk memudahkan anda bercakap dengan mereka dan nasib baik saya boleh bercakap korea sikit jadi sedikit sebanyak dapatlah membantu kami di sana. Kalau anda sesat dan tak tau jalan dan nak bertanya jalan pun ada kena bercakap dalam bahasa korea kerana mereka tak faham bahasa inggeris yang simple pun jadi anda harus bertanya macam ini (yeogiyo duwa juseyo eo dieyo Chungmuro station?) maksudnya excuse me boleh tolong saya di mana Chungmuro station? dan mereka akan jawab dalam bahasa korea tapi jangan risau sebab mereka akan gunakan isyarat so anda akan faham.

Di sini ada beberepa keping gambar sepanjang saya di Seoul dan Busan. Wassalam.

At Chungmuro Station

 
At Myeuondong Street


Palace


Yoo Jae Suk Oppa

At Busan

Gimhae Airpot Busan

Nami Island

Nami Island

Nami Island (Winter Sonata Place)

Nami Island

Nami Island

Nami Island (Nasi Goncang place)

View at night frrom Namsan Tower

Hanok Village


Love Lock at Namsan Tower

Nami Island Again

At Chungmuro Station

Sangat Sejuk Kawan2

View At Hanok Village

Namsan Tower

Penuh pokok dimangga :)







NEGARA BERDUKA.

Subahanallah Ya Allah Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu Yang Terjadi.

Semalam Malaysia di gemparkan dengan berita berakhirnya penerbangan MH 370 di Hindi Ocean. Tidak dapat di gambarkan perasaan sedih ini walaupun tiada ahli keluarga yang terlibat dan saya terus terbayangkan perasaan ahli keluarga mangsa pada waktu pengumuman yang di buat oleh PM Malaysia semalam tentu sedih dan sangat sedih kerana kehilangan orang yang tersayang yang di mana ibu bapa kehilangan anak suami kehilangan isteri serta isteri kehilangan suami juga anak kehilangan ibu bapa. Semoga mereka terus tabah menghadapi ujian ini dan memang bukan mudah apabila kita kehilangan insan yang tersayang sedihnya hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Pesawat MAS MH 370 telah hilang pada 8 March 2014 pada tengah malam tersebut dan usaha mencari dipergiatkan dengan bantuan daripada negara luar dan akhirnya semalam satu pengumuman besar telah diadakan dan dengan berat hati PM Malaysia mengumumumkan bahawa penerbangan MH 370 telah berakhir di Hindi Ocean dan kesemuanya terkorban. Untuk keluarga mangsa di Beijing China pula mereka histeria dan marah-marah pada MAS adakah mereka lupa bahawa rakyat Malaysia juga turut terkorban dan keluarga mangsa di Malaysia juga menangis seperti mereka di China tapi kami Islam yang percaya pada Qada dan Qadar dan meraung adalah di larang. Saya harap untuk keluarga mangsa dia China tolonglah jangan menunding jari kepada Malaysia kerana sesungguhnya tiada siapa pun yang inginkan tragedi ini berlaku begitu juga dengan Pilot dan Co Pilot mereka juga tidak ingin mengakhiri hidup sebegitu tetapi ajal telah tiba maka inilah takdirnya.

MH 370 dalam kenangan...