Ahad, 20 April 2014

FERI SEWOL KARAM DI LUAR PANTAI PULAU JINDO.


SEWOL FERRY from Icheon to Jeju Island.



Sekali lagi dunia di gemparkan dengan peristiwa karamnya feri yang membawa 459 orang di Seoul, Korea. Punca kejadian masih belum diberitahu walaupun penumpang memberitahu bahawa feri tersebut terhenti secara tiba-tiba, menunjukkan kemungkinan kapal tersebut berlanggar dengan dasar.
Pasukan keselamatan Korea Selatan termasuk penyelam tentera laut elit SEAL pada Rabu masih meneruskan pencarian kesemua  mangsa yang masih belum dapat disahkan status mereka.





Feri yang membawa 459 penumpang dan kru itu dalam perjalanan menuju je Pulau Jeju bagi tujuan lawatan sekolah dimana hampir kesemua penumpang merupakan pelajar sekolah menengah bersama 14 guru mereka.

Daripada jumlah mereka yang telah diselamatkan, 78 orang merupakan pelajar. Seramai 32 orang telah disahkan mati dalam kejadian itu tetapi 270 lagi masih hilang.


Boya di letakkan di tempat kejadian untuk menanda kawasan tersebut.


Para penyiasat menangkap Joon-seok (kapten feri) dan dua kru pagi semalam.Ketiga-tiga mereka dikritik kerana meninggalkan ratusan penumpang yang masih terperangkap di dalam feri.Joon-seok didakwa melakukan perbuatan cuai dan gagal untuk menjamin keselamatan penumpang.Hanya 174 orang berjaya diselamatkan dan tiada mangsa selamat yang ditemui sejak Rabu lalu. 

Para penyelam semalam berjaya memasuki feri itu yang berada di dalam laut dan mendapati terdapat mayat-mayat penumpang yang masih terperangkap di dalam feri tersebut. 


Ahad, 6 April 2014

DI MANAKAH DIEGO GARCIA???



Sejak peswat MAS MH370 hilang nama Diego Garcia cukup popular trending di laman web. Tapi ramai yang tidak tahu di manakah Diego Garcia sebelum berlakunya tragedi MH370 ini termasuk la saya sendiri. Oleh itu, saya berminat untuk mencari tahu di manakan Diego Garcia dan apakah yang terdapat disana.

Untuk pengetahuan semua Pulau Diego Garcia bukan sebuah pulau peranginan yang kita boleh pergi melancong walaupun ianya cantik tetapi sebagai pengkalan ketenteraan Amerika Syarikat. Malah kedudukannya juga cukup strategik iaitu di antara Asia Timur & Asia Barat dan ianya tersembunyi dari mata dunia. Pulau ini terletak di Lautan Hindiyang merupakan lautan ke-3 terbesar di dunia.Terletak di tengah-tengah Lautan Hindi, Lautan wilayah British India. Diego Garcia adalah asas strategik utama yang bertindak sebagai kawasan pementasan untuk kapal tentera laut, pengebom jarak jauh, kapal udara, dan lain-lain aset ketenteraan yang misi membawa mereka ke Afrika, Asia, dan timur Tengah.


Tujuan pangkalan ini kononya untuk keamanan dan keselamatan digunakan termasuk statusnya sebagai salah satu tapak pendaratan kecemasan Space Shuttle, dan hosting salah satu daripada 3 tanah untuk Sistem Penentu serta pemantauan kedudukan Global (Global Positioning System’s) juga berfungsi sebagai Rangkaian Pengawasan Angkasa USA.





 Perjanjian UK / US yang bertukar pulau ke sebuah pangkalan tentera telah ditandatangani pada tahun 1966. Ia berlangsung sehingga tahun 2036, tetapi sama ada kerajaan U.S boleh memilih untuk keluar pada pada tahun 2016. Sementara itu, terdapat perkara yang bukan remeh dalam kos pemembekalkan ketenteraan, postdam tentera, memperbaiki sistem dan operasi infrastruktur ketenteraan yang tinggi di pulau itu.



Memang pelik bina pementasan pesawat di tengah-tengah lautan yang tidak berpenghuni dan jauh tersembunyi dari mata dunia. Apa agaknya agenda mereka ini ye? WALLAHUALAM.