Isnin, 24 Mac 2014


NEGARA BERDUKA.

Subahanallah Ya Allah Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu Yang Terjadi.

Semalam Malaysia di gemparkan dengan berita berakhirnya penerbangan MH 370 di Hindi Ocean. Tidak dapat di gambarkan perasaan sedih ini walaupun tiada ahli keluarga yang terlibat dan saya terus terbayangkan perasaan ahli keluarga mangsa pada waktu pengumuman yang di buat oleh PM Malaysia semalam tentu sedih dan sangat sedih kerana kehilangan orang yang tersayang yang di mana ibu bapa kehilangan anak suami kehilangan isteri serta isteri kehilangan suami juga anak kehilangan ibu bapa. Semoga mereka terus tabah menghadapi ujian ini dan memang bukan mudah apabila kita kehilangan insan yang tersayang sedihnya hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Pesawat MAS MH 370 telah hilang pada 8 March 2014 pada tengah malam tersebut dan usaha mencari dipergiatkan dengan bantuan daripada negara luar dan akhirnya semalam satu pengumuman besar telah diadakan dan dengan berat hati PM Malaysia mengumumumkan bahawa penerbangan MH 370 telah berakhir di Hindi Ocean dan kesemuanya terkorban. Untuk keluarga mangsa di Beijing China pula mereka histeria dan marah-marah pada MAS adakah mereka lupa bahawa rakyat Malaysia juga turut terkorban dan keluarga mangsa di Malaysia juga menangis seperti mereka di China tapi kami Islam yang percaya pada Qada dan Qadar dan meraung adalah di larang. Saya harap untuk keluarga mangsa dia China tolonglah jangan menunding jari kepada Malaysia kerana sesungguhnya tiada siapa pun yang inginkan tragedi ini berlaku begitu juga dengan Pilot dan Co Pilot mereka juga tidak ingin mengakhiri hidup sebegitu tetapi ajal telah tiba maka inilah takdirnya.

MH 370 dalam kenangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan